Wednesday, April 1, 2009

Alasan

"Jika anda menjadi bos dan pekerja-pekerja anda memberikan pelbagai alasan yang kadang-kala tidak munasabah dan tidak masuk akal kerana kegagalannya menyiapkan kerja-kerja yang telah ditetapkan, maka apakah perasaan anda ketika itu". Persoalan itulah yang saya lontarkan kepada pelajar-pelajar saya meminta mereka berfikir sejenak dan dalam masa yang sama meminta mereka untuk cuba memahami dan menghormati perasaan dan keputusan saya ketika itu. Isu ini timbul ekoran sesetengah daripada mereka telah memberi pelbagai alasan meminta saya menangguhkan sesuatu perkara yang telah ditetapkan dari awal-awal lagi dengan harapan saya memahami rintihannya dan permintaannya itu ditunaikan. Malahan ia berlarutan sejak dari dulu lagi. Apa yang membuatkan saya sedih ialah kenapa baru sekarang mereka datang berjumpa saya meminta saya menangguhkan sesuatu perkara yang telah diputuskan beberapa bulan yang lalu ? Apakah masalah utama mereka sehingga sanggup berbuat demikian sedangkan saya yakin mereka mampu menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan ? Bagi saya kadang-kala alasan yang diberikan direka-reka bagi mengelakkan dirinya dari dimarahi atau dikenakan hukuman. Saya dapat merasakan bahawa alasannya itu bukan datang dari lubuk hatinya yang tulus dan ikhlas. Adakah mereka tidak rasa bersalah atau berdosa di atas perbuatan yang dilakukannya itu ? Kita sedia maklum bahawa setiap tugasan yang diberikan merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap insan yang diamanahkan untuk menyempurnakannya. Jika dia gagal menyiapkan tugasan tersebut maka tindakan boleh diambil terhadapnya. Tetapi atas dasar simpati kebiasaannya mereka terlepas daripada menerima hukuman. Tetapi kadang-kala kita terpaksa menunjukkan sikap tegas kita bagi menyatakan pendirian bahawa tugasan adalah sesuatu yang amat penting dan perlu diberi perhatian serius selain daripada melatih mereka bekerja kuat dan kreatif dalam menghadapi setiap cabaran serta tidak mudah lemah semangat dan cepat mengalah. Saya bimbang jika budaya suka memberi alasan ini terus menular di dalam masyarakat kita maka ia boleh memburukkan lagi keadaan yang sedia ada. Oleh yang demikian saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya sentiasa berhati-hati apabila ingin memberikan alasan kerana saya takut ia akan memakan diri sendiri dan akhirnya terjerumus ke lembah kehinaan kerana orang mulai meragui kepercayaan terhadap kita.

3 comments:

syahadah said...

salam.ermm...topik 'alasan' yg dikemukakan amat menarik. manusia sering memberi alasan. ada je alasan yang terlintas di fikiran... ianya seperti telah menjadi lumrah dan dijadikan adat kehidupan. budaya ini perlu dicampakkan jauh dari kamus pendirian diri tetapi apa yg manjadi persoalan ialah bagaimana??

syahadah said...

setiap orang tak pernah terlepas dari memberi alasan walaupun hanya sekali. pd pandgn sy alasan diwujudkan untuk menutup kelemahan n kslhn diri tetapi mgkin ada ketika kita benar2 perlu memberikn alasan. kenapa?? ermm..susah untuk mentafsir sebab di sebalik alasan yg dikemukakan. adakalanya kita sakitkn hati org lain tp pd ms yg sama hati kita jga akan terluka..

Ariff Kamal said...

Salam Syahadah. Terima kasih di atas komen tersebut. Saya turut bersetuju di atas pandangan yang diberikan. Semoga anda terus memberi komen, pandangan dan sokongan di blog saya.