Rinduku padanya tidak nokhtahnya
Kehadirannya membuatku bahagia
Pemergiannya cukup dirasai
Tanpamu aku hilang pedoman
Bila engkau menjelma
Hidupku sentiasa riang
Terasa ingin mendampingi dan membelaimu
Tidak kira waktu walau dimana jua
Rinduku padanya tidak pernah pudar
Tersemat utuh di sanubariku
Menjadi sumber inspirasiku
Dalam setiap detik hidupku
Saban hari terasa kesunyian
Mengenangkan dirimu disana
Hidupku terseksa menanti
Walaupun aku tahu
Salah diriku sendiri
Tidak pergi menjengokmu
Kini aku kebingungan
Entah mengapa engkau pergi
Meninggalkan aku keseorangan
Meronta-ronta bersendirian
Sehingga aku tertanya-tanya
Bilakah engkau akan kembali
Wahai widuriku..
Pulanglah ke pangkuanku
Kembalilah menemuiku
Dakaplah daku dalam redhamu
Kerana aku sangat merinduimu
Dan menyayangimu
Sampai akhir hayatku
2 comments:
wow! puitisnya!...romanticnya!!..jgn la curahkan kat blog je rip..mana si widuri tu tau ko rindu dia..express kan lah secara live..baru ar gentleman..good luck!
tq linda kerna kau suka sajak nie. Widuri tue tak semestinya orang..
Post a Comment